Terdapat berbagai cara untuk meningkatkan pageviews sesebuah blog seperti menyelitkan link ke entri2 lama dalam setiap entri terbaru atau pun dengan memasang related post plugin untuk pengguna wordpress memaparkan post2 lama mereka di akhir setiap entri. Trend yang terbaru adalah dengan menggunakan Linkwithin widget iaitu widget yang berupaya memaparkan related post berserta thumbnail di akhir setiap entri anda.
Aku rasa makin banyak blog yang menggunakan Linkwithin widget, maka aku juga tidak mahu terlepas dari menggunakan widget yang cool ini. Baiklah, beberapa hari yang lepas aku telah memasang widget ini di blog ini, mungkin anda perasan jika anda lihat di bawah entri ini. Memasang widget ini amatlah mudah tetapi aku rasa mungkin ada di antara kita yang masih tercari-cari bagaimana untuk memasang widget ini, maka diharap tutorial di bawah ini dapat sedikit sebanyak membantu.
Saban hari makin ramai IM2 yang dulu nyer bekerja secara part time telah beralih kepada fulltime IM dan fenomena ini sememangnya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana ini menunjukkan mereka tidak bergantung kepada peluang2 pekerjaan semata-mata tetapi mencipta peluang pekerjaan itu sendiri. Contoh yang terdekat adalah saudara Hafizizain dan saudara Ammar Zahar yang mana baru menamatkan pengajian tinggi masing2 dan sekarang telah pun bertekad untuk lebih fokus kepada bisnes masing2, tahniah aku ucapkan.
Baiklah, apa yang aku ingin bincangkan disini adalah lebih kepada pengajaran yang aku dapat dari kesibukan ketika minggu exam yang lalu di mana pada itu masa amat mencemburui aku. Pengajaran yang aku dapat dari situasi tersebut adalah pentingnya mempunyai income pasif yang berterusan. Definisi income pasif mungkin ramai yang telah sedia maklum iaitu income yang akan masuk tidak kira kita bekerja atau pun tidak, blog hujanbatu.com juga ada membincangkan perkara ini, tetapi aku akan kupas beberapa perkara lagi yang aku rasakan menarik untuk dikongsi.
Sebab pertama mengapa kita memerlukan income pasif ialah untuk ‘menyara’ keperluan2 onlineseperti pembayaran hosting, domain dan apa2 langganan bulanan yang anda buat seperti sistem autoresponders. Maka dengan adanya income pasif, kita akan dapat menjamin kesemua ‘liabiliti’ kita itu boleh dibayar pada waktu yang sepatutnya. Sebab yang kedua mengapa kita memerlukan income pasif adalah untuk menambah pendapatan kita tanpa perlu bergantung 100% kepada jobsatau tawaran pengiklanan dari advertisers.
Akhirnya, setelah hampir 3 minggu ‘ber-exam’, kini semuanya sudah selesai. Masa minggu exam, aku memang kurang menyentuh Jmayz.com nih walaupun ada update beberapa minggu yang lalu . Walau bagaimana pun, banyak betul benda yang berlaku kebelakangan ini yang tidak sempat untuk aku update di blog ini. Berita terbaru yang menggemparkan masyarakat seluruh dunia adalah tindakan ganas rejim Israel ke atas flotila yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin yang mengorbankan 16 nyawa sukarelawan. Ekoran serangan dan penahanan sukarelawan ini juga, kempen Israel Suck telah dilancarkan oleh problogger Malaysia, Rohaizad.com. Mungkin usaha ini adalah kecil sahaja tetapi sekurang-kurangnya kita menunjukkan rasa concern kita kepada permasalahan yang sedang berlaku sekarang.
Nasib kesemua 12 orang rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan itu dilaporkan selamat setelah terputus perhubungan apabila kapal yang mereka naiki diserang komando Israel. Walaubagaimana pun, marilah kita sama2 berdoa agar bantuan yang ingin disampaikan itu sampai kepada rakyat Palestin.
Sekarang telah hampir 12 hari April meninggalkan kita dan sekarang baru lah aku ada masa sikit untuk update blog ini. Bulan April yang lepas adalah bulan yang paling tidak produktif untuk bisnes internet aku. Walaupun semua pembayaran untuk tools2 yang digunakan untuk bisnes aku berjalan dengan lancar tetapi pendapat untuk bulan tersebut amatlah tidak memberangsangkan. Pengalaman terakhir yang aku ingat ketika membuat deal dengan customer adalah bila mana aku terlepas deal $40 yang sgt2 hampir untuk aku dapat. Kecewa jugak la time tuh, tapi takpe, adat berniaga.
Blog aku yg berlambak2 tuh pun belum ada satu pun yang di update. Outsource? boleh jerk..cuma aku pun tidak ada masa untuk outsource! Income yang masuk hanyalah dari adsense, tu pun tak berapa memberangsangkan sebab ada beberapa blog yang aku baru bangunkan mengguanakan keywords yang mahal dan kurang persaingan tidak dapat aku optimize kan. Projek aku yang terbaru juga tidak dapat aku usahakan dengan baik kerana masalah yang sama. Oh masa amat mencemburui aku.
Pernahkah kita terfikir untuk melakukan sesuatu dan bercadang untuk melaksanakan pekerjaan itu SUATU hari nanti. Kemudian, bagaimanakah hasil pekerjaan itu kepada anda? Adakah ianya masih kekal sebagai impian atau pun impian tersebut telah terkubur kerana anda sendiri telah lupa apa yang anda impikan suatu ketika dahulu. Perkara seumpama ini sebenarnya adalah suatu perkara biasa kepada manusia biasa seperti kita (termasuklah saya) kerana bila mana kita mengimpikan sesuatu matlamat atau impian, kadang-kadang kita takut untuk memberikan satu had masa untuk merealisasikan impian tersebut. Sebagai contoh, jika anda seorang yang mempunyai blog dan anda mempunyai impian untuk menjana pendapatan melalui blog tetapi hingga sekarang anda masih tidak mampu untuk berbuat demikian. Pernahkah anda tertanya-tanya kenapakah perkara seumpama ini berlaku?
Dulu aku tak tahu macam mana orang buat duit dari blog,
Dulu aku tak tahu apa itu SEO, link building, SERP,
Dulu aku tak tahu macam mana nak pakai wordpress,
Dulu..dulu..banyak betul benda yang aku tak tahu…
TAPI sekarang…aku dah makin tahu tapi bukannya sudah tahu yer . Sebabnya, aku masih lagi belajar perkara2 di atas itu. Cuma apa yang aku ingin bincangkan di sini adalah bagaimana aku melalui prosess INGIN TAHU tersebut. Aku pernah menhabiskan masa hujung minggu aku kerana hanya ingin tahu berkenaan perniaagaan internet. Aku juga pernah menghabiskan masa berjam-jam hingga lewat malam bahkan sampai ke pagi kerana hanya ingin mempelajari cara membuat duit dari blog. Ternyata proses ingin tahu tersebut telah membuahkan hasil bila mana aku mendapat income yang pertama dari blog yang aku belai tak sampai beberapa minggu. Iyer, first income yang aku dapat itu tidak lah banyak sehinggakan boleh membuatkan aku kaya, tetapi sekurang-kurangnya ia telah menjawab soalan kedua dan ketiga aku tadi